Mencari KOL / Influencer Melayu
Mencari KOL / Influencer Melayu
Kami sedang mencari KOL / Influencer Melayu untuk menghasilkan video Instagram Reels / TikTok dengan mengunjungi kedai sejuk beku berdekatan anda, memperkenalkan produk baharu serta berkongsi pengalaman mencuba aktiviti sampling kami.
Hari Penggambaran & Lokasi Kedai
a) Jumaat, 7 Aug: 2 lokasi Banting
b) Sabtu, 8 Aug: 2 lokasi Kota Bharu
1 hari = 2 kedai
Tugasan
a) Menghasilkan 1 video berdurasi minimum 60 saat.
b) Video merangkumi 2 buah kedai dalam satu video.
c) Memperkenalkan kedai sejuk beku, produk baharu dan aktiviti sampling.
d) Kandungan hendaklah menarik, informatif dan sesuai untuk media sosial.
Kadar Bayaran
a) 5,000+ followers: RM350 – RM450
b) 10,000+ followers: RM500 – RM800
(Bayaran adalah berdasarkan jumlah pengikut, kadar engagement, kualiti kandungan yang dihasilkan serta jarak perjalanan ke dua lokasi kedai yang ditugaskan.)
Pembayaran akan dibuat selepas:
a) Video dimuat naik ke platform yang dipersetujui.
b) Pautan (link) video diserahkan.
c) Fail asal (original video file) diserahkan kepada pihak kami.
Keperluan
a) Wajib menunjukkan wajah (face-on).
b) Memperkenalkan kedai sejuk beku, produk baharu serta aktiviti sampling.
c) Bebas menggunakan gaya penyampaian seperti review, vlog, voice-over dengan kemunculan wajah atau konsep kreatif lain.
d) Sila maklumkan konsep video anda terlebih dahulu sebelum penggambaran.
Platform Muat Naik
Sila muat naik video ke salah satu platform berikut:
Instagram Reels (disyorkan dikongsi ke Facebook)
Facebook Reels (disyorkan dikongsi ke Instagram)
TikTok (disyorkan turut dikongsi ke Instagram)
Hak Penggunaan Kandungan
Dengan menerima tugasan ini, KOL/Influencer memberikan kebenaran kepada pelanggan (kami) untuk menyiarkan semula (repost), berkongsi, mengiklankan dan menggunakan kandungan asal yang dihasilkan di semua saluran digital milik pelanggan (kami), termasuk media sosial, laman web dan platform pemasaran lain, bagi tujuan promosi dan pemasaran, tanpa sebarang bayaran tambahan.
Berminat?
Sila komen atau PM kami dengan maklumat berikut:
Nama:
Pautan profil Instagram / TikTok / Facebook:
Hari Penggambaran &Lokasi pilihan:
Whatsapp:
Kami berharap dapat bekerjasama dengan anda!
Lihat siaran asal di Facebook
← Semua kerja